Wanita dan Gadis Memerlukan Sokongan Anda

Wanita dan Gadis Memerlukan Sokongan Anda

Di negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah, perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif yang penting seringkali tidak dapat diakses oleh wanita dan gadis. Ini bermakna kehamilan dan kelahiran anak boleh membawa maut, wanita dan gadis gagal mendapat akses kepada perancangan keluarga, dan mangsa keganasan seksual tidak dapat menerima rawatan yang diperlukan. 

UNFPA bergiat aktif di lebih 150 negara, menyokong golongan yang paling terdedah dengan perkhidmatan yang dapat menyelamatkan nyawa. Hulurkan sumbangan kepada UNFPA:  

  • Supaya wanita hamil boleh menerima rawatan antenatal yang dapat menyelamatkan nyawa, perkhidmatan bersalin yang selamat dan penjagaan bayi baru lahir.
  • Supaya keluarga yang berada dalam krisis boleh mendapatkan bekalan kecemasan yang kritikal.
  • Supaya wanita boleh mendapat akses kepada perancang keluarga yang selamat dan sukarela, yang merupakan asas kepada pemerkasaan wanita.
  • Supaya bidan diberi latihan dan peralatan untuk mengelakkan kematian ibu bersalin dan bayi baru lahir.
  • Supaya mangsa keganasan seksual mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting.

Kita BOLEH membantu lebih ramai orang yang memerlukan dengan bantuan anda hari ini.

Frequently Asked Questions

Sumbangan anda akan membantu UNFPA dalam komitmen kami untuk menyelamatkan dan melindungi wanita dan gadis di lebih 150 negara. Bagi setiap dolar yang didermakan, 92 sen akan disalurkan terus kepada program dan penyampaian perkhidmatan, manakala 8 sen selebihnya akan digunakan untuk menampung kos pentadbiran organisasi. Kami berusaha keras untuk memastikan kos pentadbiran kami adalah serendah yang mungkin.

Maklumat yang anda berikan untuk menjadi penderma UNFPA adalah selamat dan terjamin. Platform sumbangan dalam talian kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi kehilangan, penyalahgunaan dan perubahan maklumat di bawah kawalan kami. Proses ini disulitkan sepenuhnya untuk memastikan maklumat peribadi dan kad kredit anda kekal dilindungi dan selamat.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai sumbangan dalam talian anda, anda boleh hubungi pasukan kami di giving@unfpa.org

Privasi anda dalam talian adalah sangat penting bagi kami. UNFPA tidak akan memberikan butiran anda kepada organisasi lain untuk tujuan pemasaran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dasar privasi kami.

Tidak, sumbangan melalui UNFPA tidak boleh ditolak cukai. Jika anda menderma melalui jawatankuasa sokongan kami di Amerika Syarikat, USA for UNFPA, sumbangan anda boleh ditolak cukai. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan kami di giving@unfpa.org

Anda boleh membatalkan sumbangan anda pada bila-bila masa. Sila hubungi pasukan kami untuk membatalkan sumbangan bulanan anda. Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di giving@unfpa.org dan kami akan memberi maklum balas dalam masa 24 jam.
Anda akan menerima resit anda menerusi satu e-mel automatik sebaik sahaja sumbangan anda berjaya diproses. Untuk bantuan lanjut, hubungi pasukan kami di giving@unfpa.org

Dengan sumbangan anda, anda akan membantu UNFPA dalam misi kami untuk:

Memastikan tiada wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak.
Memberi akses kepada alat pencegah kehamilan moden yang bakal memanfaatkan 20 juta orang wanita setiap tahun.
Menghentikan keganasan terhadap wanita, mutilasi genital wanita, perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan remaja.

We use cookies and other identifiers to help improve your online experience. By using our website you agree to this, see our cookie policy

X